Tuesday, 10 October 2017

APA ITU FLAYER ATAU BROCHURE

DEFINISI
  • Brosur adalah bahan informasi tertulis mengenai suatu masalah yang disusun secara bersistem atau cetakan yang hanya terdiri atas beberapa halaman dan lipatan tanpa jilid atau selembaran cetak yang berisi keterangan singkat tetapi lengkap tentang perusahaan / organisasi.
  • Flyer adalah leaflet yang hanya terdiri dari satu muka surat, flyer umunya memiliki ukuran tak lebih dari A5 untuk mempublikasikan acara, event, atau produk.


Contoh Flayer



Contoh Brochure


8 Tips Penting Mendesain Flyer Agar Dapat Menarik Perhatian Orang Banyak


Pemilihan warna dan gambar




Pemilihan kata-kata untuk judul





Jenis dan ukuran huruf





Terlihat singkat dan jelas




Gunakan simbol, lambang atau pembagi (jika diperlukan)




Pemilihan informasi yang disajikan




Ketahui siapa pembaca yang menjadi sasaran




Pemeriksaan flyer secara keseluruhan




SOFTWARE YANG SESUAI DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT FLYER/BROCHURE

  1. ADOBE PHOTOSHOP
  2. ADOBE ILLUSTRATOR
  3. POWER POINT
  4. WORD


Monday, 9 October 2017

PERBEZAAN WARNA RGB DAN CMYK


WARNA CMYK
  1. CMYK terdiri daripada 3 warna utama iaitu Cyan, Magenta dan Yellow. CMYK diklasifikasikan sebagai warna penyerap ("subtractive"). Sekiranya kita mencetak ketiga-tiga warna ini pada kertas putih (berlatar belakangkan putih), cahaya yang dipancarkan kepada kertas akan diserap oleh warna-warna ini.
  2. Tahap kekuatan dan ketebalan dakwat yang digunakan akan menentukan jumlah cahaya yang diserap. Sekiranya ketiga-tiga warna ini dicampurkan bersama, keseluruhan cahaya akan diserap dan tiada sebarang cahaya yang dapat dipantulkan masuk ke mata manusia. Ini akan menghasilkan warna hitam.
  3. Namun, dalam proses cetakan bagi menghasilkan warna hitam, memerlukan ketiga-tiga warna dicampurkan atau dicetak berulang kali di atas kertas. Walau bagaimanapun, warna yang terhasil adalah bukan warna hitam asli sebaliknya coklat suram. Lapisan yang tebal perlu dilakukan sehingga warna hitam betul-betul terhasil. Keadaan ini akan mengakibatkan kertas mula menjadi basah dan membazirkan dakwat.
  4. Disebabkan kelemahan ini, satu warna tambahan iaitu hitam diwujudkan dan dilabelkan sebagai "K" berbanding "B" agar tidak tersalah maksud sebagai "Blue". Oleh itu, dalam dunia pencetakan, selalunya profil warna CMYK ditulis berbanding CMY sahaja. Perhatikan juga bahawa CMYK menggunakan warna yang lebih ringan berbanding RGB kerana dalam prinsip cetakan, untuk hasilkan tona yang lebih gelap hanya perlu tambahkan sukatan dakwat tersebut. Jika warna gelap terus digunakan, cetakan untuk imej terang akan menjadi gelap.

WARBA RGB
  1. Red, Green dan Blue adalah warna yang dikategorikan sebagai warna-warna tambahan ("additive"). Mengapa ianya dipanggil sedemikian? Kerana latar belakang bagi warna ini adalah hitam. Sekiranya ketiga-tiga warna ini digabungkan bersama, warna yang akan terhasil adalah warna putih. 
  2. Inilah prinsip yang digunakan dalam televisyen dan skrin monitor anda. Beribu-ribu LED mikro atau tembakan laser akan menyalakan latar belakang hitam berdasarkan kepada tahap kecerahan setiap warna. Variasi keterangan warna RGB ini akan menghasilkan pelbagai tona dan jenis warna yang anda lihat sekarang.
  3. Warna-warna ini sebenarnya tidak ditindih antara satu sama lain sebaliknya disusun dengan begitu rapat. Pancaran cahaya dari skrin monitor seterusnya akan memasuki retina mata manusia. Disebabkan oleh susunannya yang terlalu rapat, mata manusia tidak dapat membezakan dan seolah-olah ditipu untuk menghasilkan variasi warna yang pelbagai. Semakin tinggi bilangan warna yang disusun dalam satu ruangan (contohnya 1 inci x 1 inci) semakin tinggi resolusi dan variasi warna dapat dihasilkan. Semakin tinggi resolusi semakin tajam warna dan imej yang dihasilkan.
  4. Inilah konsep yang digunakan dalam High Defination yaang menghasilkan 1080 pixel (bilangan pixel) dalam satu inci ruangan. Dalam erti kata mudah, dalam satu inci persegi skrin monitor mengandungi 1080 LED yang menyalakan tiga variasi warna secara bergilir iaitu RGB.

PERBEZAAN RGB DAN CMYK




RGB
CMYK
  • Red Green Blue (merah, hijau, biru)
  • Cyan Magenta Yellow Black (orang awam bilang biru, merah, kuning dan hitam )
  • RGB merupakan warna-warna primer yang digunakan pada komputer.
  • CMYK merupakan warna-warna primer yang paling banyak digunakan pada printer
  • RGB lebih digunakan untuk design yang akan dipindahkan ke komputer.
  • CMYK lebih digunakan untuk design yang akan dipindahkan ke media cetak.
  • Jika warna RGB di campur semua, akan menghasilkan warna putih
  • Jika warna CMY di campur semua, akan menghasilkan warna hitam

VECTOR VS RASTER

VECTOR
  1. Gambar vektor adalah format file grafik berdasarkan ekspresi matematik yang terdiri dari titik (point), garis (line), dan bentuk (shape).
  2. Gambar vektor juga mempunyai istilah yang biasa disebut dengan point. Maksudnya point adalah setiap titik (node) yang saling dihubungkan untuk membuat bentuk-bentuk tertentu. Point tersebut boleh ditambahkan, dihapus, atau dipindahkan jalur garisnya untuk membuat bentuk-bentuk tertentu mengikut keinginan anda.
  3. Gambar vektor tidak akan blur atau pecah ketika diperbesarkan. Ukuran aslinya akan tetap terjaga tanpa ada penurunan kualiti sedikitpun.



RASTER

  • Gambar bitmap atau disebut juga sebagai gambar raster adalah jenis file gambar yang disusun oleh grid pixel atau titik warna. Ukuran gambar bitmap dapat dikurangi (dikecilkan) tanpa kehilangan kualitinya, 
  • Namun gambar bitmap atau raster akan kehilangan kualitinya jika ukurannya meningkat melampaui dimensi aslinya (jika diperbesar maka gambar akan terlihat blur atau pecah).



PERBEZAAN ANTARA VECTOR DAN RASTER

VECTOR

  • Gambar vektor memungkinkan pengguna untuk menjaga kualiti design mereka di berbagai format dan resolusi. Dalam file vektor, masing-masing titik, garis, dan bentuk diciptakan sepenuhnya secara terukur. Gambar vektor tidak akan blur atau pecah, baik ketika diperkecil ataupun diperbesar, ukuran dan kualitinya akan tetap terjaga dengan baik.
  • Dalam design grafik, vektor biasa digunakan untuk membuat:
  1. Logo
  2. Icon
  3. Ilustrasi
  4. Infografik
  5. Font
  6. Pattern
  7. Element pada halaman website
  8. Poster.
  • Gambar vektor sangat tepat digunakan untuk media cetak (print), kerana kualiti warna di layar komputer akan tetap sama ketika dicetak dengan printer.


  • Software yang biasa digunakan untuk design vektor adalah:
  1. AI (Adobe Illustrator)
  2. Coreldraw
  3. Inkscape
  4. Sketch
  5. Affinity
  • Format file gambar vektor:
  1. AI (Adobe Illustrator)
  2. EPS (Encapsulated PostScript)  
  3. SVG (Scalable Vector Graphics) 
  4. DXF (Drawing eXchange Format)

RASTER

  • Gambar bitmap disusun oleh objek yang disebut pixel, Kerapatan ribuan hingga jutaan kotak-kotak warna (pixel) yang tersusun hingga membentuk sebuah gambar tersebut dinamakan resolution.
  • Gambar bitmap memang tidak akan pecah jika ukurannya diperkecil, namun akan terlihat blur dan pecah jika ukurannya semakin diperbesar dari ukuran aslinya.
  • Format file gambar bitmap:
  1. PSD (PhotoShop Document)
  2. TIFF (Tagged Image File Format)
  3. JPEG (Joint Photographic Expert Group)
  4. PDF (Portable Document Format)
  5. GIF (Graphic Interchange Format)
  6. PNG (Portable Network Graphics)
  7. RAW (Right Angle Weave)

RUJUKAN

http://naqibnoordin.blogspot.my/2016/10/apa-itu-vektor-dan-raster.htmlhttp://ebookgrafik.blogspot.my/2013/03/perbezaan-imej-raster-dan-vector.html

PERBEZAAN ANTARA ADOBE PHOTOSHOP, ADOBE ILLUSTRATOR DAN INDESIGN

ADOBE PHOTOSHOP
ADOBE ILLUSTRACTOR
INDESIGN
1. Digunakan untuk mengedit gambar.

1. Digunakan untuk membuat ilustrasi dan membuat objek visual untuk percetakan.

1. Digunakan untuk membuat buku, majalah, katolog dan media-media cetak yang lain yang terdiri daripada lebih dari satu halaman.

2. Photoshop adalah perisian yang berasaskan imej raster. Iaitu imej yang ditentukan oleh bilangan pixel-pixel.

2. Illustractor adalah perisian yang berasaskan imej vector.
2. Penggunaan master layout.
3. Contoh hasil yang dapat diciptakan :
  • Manipulasi foto, menggambar digital painting, membuat brosur

3. Contoh hasil yang dapat diciptakan :
  • Membuat logo, kartun, line art, spanduk, product mock up, brosur dan alat promosi lainnya

3. Contoh hasil yang dapat diciptakan :
  • Membuat buku, company profile, majalah, tabloid dan sebagainya
4. Kelebihan :
  • Mengelola tiap elemen yang ada sangatlah mudah, karena manajemen layer pada photoshop sangat baik. Photoshop kaya dengan warna, sangat handal dan cepat dalam mengolah dan menciptakan gambar berbasis pixel sehingga menjadi pilihan utama baik untuk fotografer ataupun pelukis digital.
4. Kelebihan :
  • Dalam hal mengolah teks dan membuat layout lebih baik daripada photoshop, mendukung multi-page dalam satu lembar kerja yang dinamakan Artboard. Gambar yang dibuat di-illustrator juga dapat dicetak pada ukuran apapun karena tidak akan pecah sebagai ciri khas dari gambar vector.
4. Kelebihan :
  • Fasilitas untuk wrapping teks sangat baik, sesuai dengan fungsinya untuk membuat banyak halaman pada buku. Kemudian untuk semua elemen yang ada di Indesign terhubung berdasarkan link yang ditempatkan diluar file tergantung dengan jenis file tersebut apakah pixel atau vector sehingga ukuran file layout akan sangat ringan.
5. Kekurangan :
  • Tidak dapat membuat multi-page layout dalam satu lembar kerja. Hanya ada dua cara yang cukup merepotkan untuk menciptakan layout yang sama, yaitu copy seluruh isi, kemudian membuat layer baru dan menyembunyikan layer sebelumnya atau buat di lembar kerja baru secara terpisah.
5. Kekurangan :
  • Tidak ada master pages disini dan tidak bisa menambah halaman secara otomatis, fasilitas wrapping text terbatas, jadi jangan buat buku dengan banyak halaman disini karena akan sangat merepotkan.
5. Kekurangan :
  • Bukan buat gambar, karena fasilitas untuk gambar sangat minim, jadi kalau ingin menggunakan foto atau gambar lebih baik diolah dulu di photoshop atau illustrator.


RUJUKAN

http://www.ohcetak.com/perbezaan-adobe-illustrator-adobe-photoshop/http://www.wirasutra.com/v3/index.php/blog/entry/9-perbezaan-antara-photoshop%2C-illustrator-dan-indesign

Monday, 2 October 2017

Maii Singgah!!!

10 Tempat Menarik Di Johor : Terokai Keistimewaan Permata Selatan.


Pulau Rawa, Mersing.



Sebuah pulau kecil yang juga kian dikunjungi ramai pelancong ini terkenal kerana saiz pulaunya yang kecil membolehkan para pengunjung bersiar-siar mengilingi Pulau Rawa dalam masa yang singkat. Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti disini seperti menyelam dan luncur angin. Untuk kelaianan, anda boleh mendaki bukit yang terdapat di pulau ini untuk melihat panorama cantik di sekelilingnya.


Pulau Dayang, Mersing



Pulau ini terletak bersebelahan dengan Pulau Aur yang menyajikan air laut yang jernih, di samping terumbu karang yang cantik. Pantai yang bersih dan pasirnya yang memutih menjadikan pulai ini tempat persinggahan para pengunjung. Berehat di tepi pantai sambil dibelai angin Laut China Selatan setelah letih menyelam melihat terumbu karang yang cantik .


Zoo Johor, Johor Bahru


Sebuah zoo yang terletak di tengah pusat bandaraya Johor Bahru ini mula dibuka pada tahun 1928, antara salah satu zoo tertua di Malaysia. Zoo ini menempatkan lebih 100 spesis haiwan termasuk binatang eksotik dan terancam. Anda juga berpeluang untuk menonton pertunjukkan haiwan yang pasti menghiburkan di sini. Terdapat berbagai-bagai gerai makanan di sini untuk memastikan pengunjung zoo dapat berehat dan mengisi perut semasa berada di dalam zoo. Zoo Johor ini pastinya merupakan tempat yang amat sesuai untuk anda bercuti bersama keluarga.


Ladang Burung Unta, Kota Tinggi




Terletak di Teluk Ramunia, Ladang burung unta ini merupakan rumah kepada lebih 100 ekor burung unta. Uniknya, penjaga burung unta di sini akan menjadi pemandu pelancong peribadi untuk setiap pengunjung yang datang ke sini. Sudah pastinya, pengalaman menunggang burung unta menjadi aktiviti wajib bila datang ke sini. Selain itu, terdapat kedai cenderamata di ladang ini untuk anda buat sebagai kenangan.


Legoland Malaysia Resort, Johor Bahru



Lagoland Malaysia merupakan legoland pertama di Asia di buka pada tahun 2011 dan sehingga kini menarik lebih ribuan pengunjung setiap hari. Terdapat miniland di mana tempat ini menayangkan mini monumen terkenal yang dibina dengan Lego seperti KLIA, Putrajaya, Gerbang Istana Sultan Johor dan macam-macam lagi. Untuk pengunjung yang ingin bersantai, anda boleh menaiki kereta api Lego yang akan melalui setiap pelusuk Legoland Malaysia. Kepada pengunjung yang ingin menginap disini, terdapat hotel disediakan iaitu Legoland Hotel. Tidak hairanlah Legoland Malaysia dapat menarik makin ramai pelancong saban hari.


Puteri Harbour Indoor Park, Johor Bahru


Terletak di Nusajaya, kawasan yang semakin pesat membangun di dalam Johor Bahru, bangunan 4 tingkat ini mengandungi tarikannya yang tersendiri khususnya buat kanak-kanak. Merupakan taman tema, setiap tingkat disini mempunyai temanya yang tersendiri. Di aras ground floor terdapat pelbagai cafe yang bertemakan superhero dan watak kartun.


Sanrio Hello Kitty Town, Johor Bahru


Terletak di tingkat 1 di Puteri Harbour Indoor Park, ia merupakan taman tema Hello Kitty pertama yang dibuka diluar negara Jepun. Kawasan yang lebih digemari oleh kanak-kanak perempuan, tarikan utama sudah pastilah Kitty's House. Terdapat juga studio untuk membuat biskut dan barang kemas bertemakan Hello Kitty. Selain itu ibu bapa boleh turut serta dalam Black Wonder Game di mana peserta perlu menyelesaikan beberapa teka teki dengan menggunakan petunjuk yang telah disediakan.


Air Terjun Kota Tinggi, Kota Tinggi



Terletak 1.5 km dari Pekan Kota Tinggi, air terjun ini menjadi kawasan tumpuan baik yang datang berkeluarga atau yang inginkan keseronokan bersama rakan-rakan. Terdapat gelongsor air dan air terjun pelbagai tingkat dari cetek hingga dalam, anda pasti akan berpuas hati jika datang berkunjung ke sini. Anda juga boleh menginap di Resort Air Terjun Kota Tinggi yang terletak berdekatan dengan air terjun ini. Untuk bermain gelongsor air, anda boleh menyewa pelampung di sini pada kadar harga yang berpatutan.


Muzium Kota Tinggi, Kota Tinggi



Muzium 2 tingkat yang dibuka kepada orang awam pada tahun 2002 ini menyimpan pelbagai sejarah negeri Johor Darul Takzim. Pameran yang berasaskan zaman kesultanan Johor lama, Muzium ini dibina di Kota Tinggi kerana daerah ini merupakan titik permulaan takhta pemerintahan Johor Lama sehingga sekarang. Muzium ini menunjukkan bahan peninggalan tembikar lama, peralatan senjata dan muzik yang digunakan pada zaman dahulu dan bermacam-macam bahan sejarah yang lain. Dan yang paling menarik, pengunjung berpeluang merasai hidup pada zaman Kesultanan Johor Lama dengan menghayati lukisan kanvas yang menceritakan kisah hidup orang zaman dahulu.


Pantai Desaru, Kota Tinggi



Pantai yang tidak asing di kalangan pelancong ini terkenal dengan pasir yang putih, di samping pemandangan menghadap Laut China Selatan. Terdapat kemudahan Resort di sepanjang pantai, Desaru merupakan kawasan tumpuan untuk keluarga bercuti. Berbagai-bagai aktiviti menarik boleh didapati di sini seperti snorkrling, jet ski, dan parasailing. Selain itu, anda boleh melihat kunang-kunang di Sungai Lebam pada waktu malam untuk melengkapkan percutian anda di sini.



POSTER

APA ITU POSTER?




  • Poster adalah suatu bentuk rekaan grafik yang melibatkan tipografi, ilustrasi, warna dan reka letak yang digubah untuk menyampikan maklumat secara mudah. Poster merupakan satu elemen dalam promosi, kempen dan sebagainya. Kebiasaanya, rekabentuk poster bersifat 2D meliputi bahan yang dilukis, dicat, ditulis atau dicetak.
  • Poster selalunya digunakan bagi promosi untuk mempamerkan produk syarikat, aktiviti masyarakat, kempen oleh pihak kerajaan dan sebagainya. Ia biasa dilihat ditampal pada dinding dan di gantung di sekolah, di pejabat dan di tempat awam yang lain.
  • Poster adalah dalam bentuk 2 demensi, format halaman yang berasingan digunakan untuk mempamerkan maklumat, data, jadual atau tawaran dan juga mempromosikan kepada masyarakat  tentang sebab, tempat, produk, syarikat, penyelenggaraan dan organisasi yang hendak disebarkan kepada umum.
  • Kebanyakkan poster digantungkan ditempat-tempat awam supaya senang dilihat walaupun dari jarak jauh. Poster yang dianggap berjaya adalah poster yang dapat menyampaikan mesej dengan jelas kepada masyarakat.
  • Visual pada poster adalah sebuah rekabentuk yang seimbang dalam jangka masa tertentu yang menunjukkan skala ruang positif dan negatif. Saiz imej yang digunakan haruslah memberi kesan kepada sesebuah hasil rekabentuk yang menarik.

SEJARAH POSTER

  • Bermula dengan penciptaan mesin cetak (1476), ciptaan Guttenberg diperkenalkan oleh Caxton di England. Poster pertama dihasilkan 'Cuparas' yang berfungsi sebagai media penyebaran maklumat. Poster awal wujud bersama-sama dengan perkembangan industri percetakan pada abad ke 15 di Eropah dan hanya menggunakan susunan huruf semata-mata.
  • Poster yang menggunakan ilustrasi mula wujud pada abad ke-17 apabila munculnya teknik cetakan litoprafi. Pada masa ini juga teknik 'ukiran kayu' diperkenalkan bagi poster ilustrasi. Pelukis-pelukis yang aktif dalam penghasilan poster ketika itu termasuk Honore Daumier (1808-1974), Jules Cheret (1836-1932) dan Pierre Bonnard (1867-1974).
  • Fungsi poster pada ketika itu kebanyakkannya digunakan untuk propaganda dan pemberitahuan selain daripada fungsi pengiklanan. Pada tahun 179, teknik 'litografi' yang pertama telah dihasilkan oleh Senefelder. 'LA BISHE AU BOIS' dihasilkan oleh Jules Charet (1876) dianggap poster litografi berwarna yang paling menarik dan moden.

JENIS-JENIS POSTER

  • Dekoratif
  • Kreatif dan artistik
  • Perkhidmatan awam
  • Hiburan
  • Pameran dan pertandingan
  • Sukan
  • Iklan dan promosi
  • Media dan teknik percetakan

CIRI-CIRI POSTER YANG BAIK

  • Daya penarik yang dinamik.
  • Warna yang berkesan.
  • Mesej yang jelas dan mengandungi satu tema sahaja.
  • Kesesuaian ilustrasi dengan tema
  • Pilihan muka taip yang berkesan
  • Gubahan asli dan unik
  • Coga kata yang dapat mempengaruhi pembaca.
  • Penggunaan asas seni reka yang bersesuaian.
  • Memberi mesej yang mempunyai nilai-nilai murni.

FUNGSI POSTER

  • Poster digunakan untuk pengiklanan (produksi) - Digunakan untuk mengiklankan barang dan perkhidmatan. Biasanya poster digunakan untuk mengiklankan produk-produk yang terdapat di pasaran. Perkhidmatan sesuatu syarikat juga diperkenalkan kepada orang ramai melalui poster.
  • Poster untuk tujuan komersial - Poster digunakan untuk mempromosikan filem dan persembahan dalam dunia hiburan dan juga mempromosikan acara-acara yang dianjurkan  seperti acara sukan atau acara rakyat.
  • Poster sebagai alat hebahan propaganda (politik) - Poster juga digunakan untuk menghebahkan suatu mesej, fahaman atau propaganda. Selain itu, ia juga digunakan untuk menyebarkan fahaman politik.


REFLEKSI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.... Seperti yang kita tahu, reka bentuk grafik merupakan salah satu kaitan dengan seni. Hal ini ker...