Pulau Rawa, Mersing.
Sebuah pulau kecil yang juga kian dikunjungi ramai pelancong ini terkenal kerana saiz pulaunya yang kecil membolehkan para pengunjung bersiar-siar mengilingi Pulau Rawa dalam masa yang singkat. Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti disini seperti menyelam dan luncur angin. Untuk kelaianan, anda boleh mendaki bukit yang terdapat di pulau ini untuk melihat panorama cantik di sekelilingnya.
Pulau Dayang, Mersing
Pulau ini terletak bersebelahan dengan Pulau Aur yang menyajikan air laut yang jernih, di samping terumbu karang yang cantik. Pantai yang bersih dan pasirnya yang memutih menjadikan pulai ini tempat persinggahan para pengunjung. Berehat di tepi pantai sambil dibelai angin Laut China Selatan setelah letih menyelam melihat terumbu karang yang cantik .
Zoo Johor, Johor Bahru
Sebuah zoo yang terletak di tengah pusat bandaraya Johor Bahru ini mula dibuka pada tahun 1928, antara salah satu zoo tertua di Malaysia. Zoo ini menempatkan lebih 100 spesis haiwan termasuk binatang eksotik dan terancam. Anda juga berpeluang untuk menonton pertunjukkan haiwan yang pasti menghiburkan di sini. Terdapat berbagai-bagai gerai makanan di sini untuk memastikan pengunjung zoo dapat berehat dan mengisi perut semasa berada di dalam zoo. Zoo Johor ini pastinya merupakan tempat yang amat sesuai untuk anda bercuti bersama keluarga.
Ladang Burung Unta, Kota Tinggi
Terletak di Teluk Ramunia, Ladang burung unta ini merupakan rumah kepada lebih 100 ekor burung unta. Uniknya, penjaga burung unta di sini akan menjadi pemandu pelancong peribadi untuk setiap pengunjung yang datang ke sini. Sudah pastinya, pengalaman menunggang burung unta menjadi aktiviti wajib bila datang ke sini. Selain itu, terdapat kedai cenderamata di ladang ini untuk anda buat sebagai kenangan.
Legoland Malaysia Resort, Johor Bahru
Lagoland Malaysia merupakan legoland pertama di Asia di buka pada tahun 2011 dan sehingga kini menarik lebih ribuan pengunjung setiap hari. Terdapat miniland di mana tempat ini menayangkan mini monumen terkenal yang dibina dengan Lego seperti KLIA, Putrajaya, Gerbang Istana Sultan Johor dan macam-macam lagi. Untuk pengunjung yang ingin bersantai, anda boleh menaiki kereta api Lego yang akan melalui setiap pelusuk Legoland Malaysia. Kepada pengunjung yang ingin menginap disini, terdapat hotel disediakan iaitu Legoland Hotel. Tidak hairanlah Legoland Malaysia dapat menarik makin ramai pelancong saban hari.
Puteri Harbour Indoor Park, Johor Bahru
Terletak di Nusajaya, kawasan yang semakin pesat membangun di dalam Johor Bahru, bangunan 4 tingkat ini mengandungi tarikannya yang tersendiri khususnya buat kanak-kanak. Merupakan taman tema, setiap tingkat disini mempunyai temanya yang tersendiri. Di aras ground floor terdapat pelbagai cafe yang bertemakan superhero dan watak kartun.
Sanrio Hello Kitty Town, Johor Bahru
Terletak di tingkat 1 di Puteri Harbour Indoor Park, ia merupakan taman tema Hello Kitty pertama yang dibuka diluar negara Jepun. Kawasan yang lebih digemari oleh kanak-kanak perempuan, tarikan utama sudah pastilah Kitty's House. Terdapat juga studio untuk membuat biskut dan barang kemas bertemakan Hello Kitty. Selain itu ibu bapa boleh turut serta dalam Black Wonder Game di mana peserta perlu menyelesaikan beberapa teka teki dengan menggunakan petunjuk yang telah disediakan.
Air Terjun Kota Tinggi, Kota Tinggi
Terletak 1.5 km dari Pekan Kota Tinggi, air terjun ini menjadi kawasan tumpuan baik yang datang berkeluarga atau yang inginkan keseronokan bersama rakan-rakan. Terdapat gelongsor air dan air terjun pelbagai tingkat dari cetek hingga dalam, anda pasti akan berpuas hati jika datang berkunjung ke sini. Anda juga boleh menginap di Resort Air Terjun Kota Tinggi yang terletak berdekatan dengan air terjun ini. Untuk bermain gelongsor air, anda boleh menyewa pelampung di sini pada kadar harga yang berpatutan.
Muzium Kota Tinggi, Kota Tinggi
Muzium 2 tingkat yang dibuka kepada orang awam pada tahun 2002 ini menyimpan pelbagai sejarah negeri Johor Darul Takzim. Pameran yang berasaskan zaman kesultanan Johor lama, Muzium ini dibina di Kota Tinggi kerana daerah ini merupakan titik permulaan takhta pemerintahan Johor Lama sehingga sekarang. Muzium ini menunjukkan bahan peninggalan tembikar lama, peralatan senjata dan muzik yang digunakan pada zaman dahulu dan bermacam-macam bahan sejarah yang lain. Dan yang paling menarik, pengunjung berpeluang merasai hidup pada zaman Kesultanan Johor Lama dengan menghayati lukisan kanvas yang menceritakan kisah hidup orang zaman dahulu.
Pantai Desaru, Kota Tinggi
Pantai yang tidak asing di kalangan pelancong ini terkenal dengan pasir yang putih, di samping pemandangan menghadap Laut China Selatan. Terdapat kemudahan Resort di sepanjang pantai, Desaru merupakan kawasan tumpuan untuk keluarga bercuti. Berbagai-bagai aktiviti menarik boleh didapati di sini seperti snorkrling, jet ski, dan parasailing. Selain itu, anda boleh melihat kunang-kunang di Sungai Lebam pada waktu malam untuk melengkapkan percutian anda di sini.
No comments:
Post a Comment