Monday 2 October 2017

POSTER

APA ITU POSTER?




  • Poster adalah suatu bentuk rekaan grafik yang melibatkan tipografi, ilustrasi, warna dan reka letak yang digubah untuk menyampikan maklumat secara mudah. Poster merupakan satu elemen dalam promosi, kempen dan sebagainya. Kebiasaanya, rekabentuk poster bersifat 2D meliputi bahan yang dilukis, dicat, ditulis atau dicetak.
  • Poster selalunya digunakan bagi promosi untuk mempamerkan produk syarikat, aktiviti masyarakat, kempen oleh pihak kerajaan dan sebagainya. Ia biasa dilihat ditampal pada dinding dan di gantung di sekolah, di pejabat dan di tempat awam yang lain.
  • Poster adalah dalam bentuk 2 demensi, format halaman yang berasingan digunakan untuk mempamerkan maklumat, data, jadual atau tawaran dan juga mempromosikan kepada masyarakat  tentang sebab, tempat, produk, syarikat, penyelenggaraan dan organisasi yang hendak disebarkan kepada umum.
  • Kebanyakkan poster digantungkan ditempat-tempat awam supaya senang dilihat walaupun dari jarak jauh. Poster yang dianggap berjaya adalah poster yang dapat menyampaikan mesej dengan jelas kepada masyarakat.
  • Visual pada poster adalah sebuah rekabentuk yang seimbang dalam jangka masa tertentu yang menunjukkan skala ruang positif dan negatif. Saiz imej yang digunakan haruslah memberi kesan kepada sesebuah hasil rekabentuk yang menarik.

SEJARAH POSTER

  • Bermula dengan penciptaan mesin cetak (1476), ciptaan Guttenberg diperkenalkan oleh Caxton di England. Poster pertama dihasilkan 'Cuparas' yang berfungsi sebagai media penyebaran maklumat. Poster awal wujud bersama-sama dengan perkembangan industri percetakan pada abad ke 15 di Eropah dan hanya menggunakan susunan huruf semata-mata.
  • Poster yang menggunakan ilustrasi mula wujud pada abad ke-17 apabila munculnya teknik cetakan litoprafi. Pada masa ini juga teknik 'ukiran kayu' diperkenalkan bagi poster ilustrasi. Pelukis-pelukis yang aktif dalam penghasilan poster ketika itu termasuk Honore Daumier (1808-1974), Jules Cheret (1836-1932) dan Pierre Bonnard (1867-1974).
  • Fungsi poster pada ketika itu kebanyakkannya digunakan untuk propaganda dan pemberitahuan selain daripada fungsi pengiklanan. Pada tahun 179, teknik 'litografi' yang pertama telah dihasilkan oleh Senefelder. 'LA BISHE AU BOIS' dihasilkan oleh Jules Charet (1876) dianggap poster litografi berwarna yang paling menarik dan moden.

JENIS-JENIS POSTER

  • Dekoratif
  • Kreatif dan artistik
  • Perkhidmatan awam
  • Hiburan
  • Pameran dan pertandingan
  • Sukan
  • Iklan dan promosi
  • Media dan teknik percetakan

CIRI-CIRI POSTER YANG BAIK

  • Daya penarik yang dinamik.
  • Warna yang berkesan.
  • Mesej yang jelas dan mengandungi satu tema sahaja.
  • Kesesuaian ilustrasi dengan tema
  • Pilihan muka taip yang berkesan
  • Gubahan asli dan unik
  • Coga kata yang dapat mempengaruhi pembaca.
  • Penggunaan asas seni reka yang bersesuaian.
  • Memberi mesej yang mempunyai nilai-nilai murni.

FUNGSI POSTER

  • Poster digunakan untuk pengiklanan (produksi) - Digunakan untuk mengiklankan barang dan perkhidmatan. Biasanya poster digunakan untuk mengiklankan produk-produk yang terdapat di pasaran. Perkhidmatan sesuatu syarikat juga diperkenalkan kepada orang ramai melalui poster.
  • Poster untuk tujuan komersial - Poster digunakan untuk mempromosikan filem dan persembahan dalam dunia hiburan dan juga mempromosikan acara-acara yang dianjurkan  seperti acara sukan atau acara rakyat.
  • Poster sebagai alat hebahan propaganda (politik) - Poster juga digunakan untuk menghebahkan suatu mesej, fahaman atau propaganda. Selain itu, ia juga digunakan untuk menyebarkan fahaman politik.


No comments:

Post a Comment

REFLEKSI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.... Seperti yang kita tahu, reka bentuk grafik merupakan salah satu kaitan dengan seni. Hal ini ker...