Monday 18 September 2017

WHAT IS SELF-POTRAIT TYPOGRAPHY????

Penggabungan ciri-ciri imej dengan huruf atau kata-kata komunikasi. Mereka boleh menangkap idea atau menyatakan intipati keadaan seseorang dengan cara yang sukar dipadankan dari segi minat dan daya tarikan visual. Tetapi kesemua potret ini menyatakan diri dengan cara yang unik untuk potret percetakan.






Tipografi bukan hanya tentang tipografi yang bagus, sebenarnya ia lebih daripada itu, bagaimana cara kita mengatur jenis dalam susun atur memilih saiz, berat dan jenia font yang tepat untuk menghantar mesej dengan cara yang paling mudah dan difahami.


Self-potrait
Potret diri adalah perwakilan artis yang ditarik, dicat, difoto, atau diukir oleh artis itu. Walaubagaimanapun potret diri dibuat sejak zaman yang paling awal pertengahan abad ke 15 yang seniman sering menggambarkan diri mereka sebagai subjek utama, atau sebagai watak penting dalam karya mereka menggunakan cermin yang lebih baik dan lebih murah, dan kemunculan potret panel, banyak pelukis melukis dan mem buat cetakan mencuba beberapa bentuk potrait diri.






Typography

Tipografi adalah seni dan teknik mengatur jenis untuk membuat bahasa bertulis dibaca dan menarik apabila dipaparkan. Susunan jenis ini melibatkan jenis huruf, saiz, titik, panjang garis, jarak baris, dan jarak huruf, dan menyesuaikan ruang antara pasangan huruf. Tipografi istilah juga digunakan untuk gaya, susunan dan penampilan huruf.





REFLEKSI

Saya telah memperoleh imu yang sangat penting dalam kehidupan saya sebagai seorang bakal guru iaitu memahami betapa pentingnya grafik dalam sesebuah pengajaran. Grafik merupakan satu elemen penting untuk menyediakan bahan-bahan pandangan (visual) yang sangat penting untuk menyampaikan sesuatu mesej tertentu dengan jelas. Sebagai seorang yang bakal bergelar guru, saya mesti mempunyai pengetahuan asas grafik untuk membuat persediaan bahan bantu mengajar asas. Pemahaman asas grafik membolehkan seseorang guru menghasilkan BBM yang efektif. Keistimewaan objek grafik ialah ia mudah difahami oleh ramai orang walaupun menghadapi halangan bahasa komunikasi yang berbeza. Bahan grafik yang berkesan mendorong interaksi yang aktif di dalam bilik darjah dan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar.

        Selain daripada mempelajari kepentingan grafik, pensyarah saya juga telah memberikan penerangan mengenai prinsip asas grafik. Berdasarkan kefahaman saya mengenai prinsip grafik ini, ianya adalah berkaitan dengan kaedah atau cara menggunakan elemen-elemen grafik supaya visual yang dihasilkan menarik dan berkesan. Prinsip ini tidak harus dilihat sebagai suatu peraturan yang rigid, namun pengetahuan tentangnya dapat membantu seseorang pereka dalam menghasilkan sesuatu rekaan yang baik. Antara prinsip grafik yang telah dibincangkan pada kuliah kali ini ialah kontras, seimbang, mudah, kehampiran, penegasan, dan pengulangan. 

         Di samping itu, saya juga telah didedahkan dengan peralatan penghasilan grafik. Imej grafik merupakan suatu hasil konkrit. Penjelmaan imej grafik daripada suatu idea yang abstrak memerlukan peralatan tertentu. Kebolehan mengendalikan peralatan  dengan cekap membolehkan maklumat yang ingin disampaikan dipaparkan dengan tepat dan jelas. Bagi grafik berkomputer, peralatan yang digunakan ialah perkakasan asas sistem komputer, tablet grafik, pengimbas imej, pencetak dan pemplot. Peralatan lain seperti kamera digital juga merupakan peralatan yang biasa digunakan untuk menghasilkan grafik. Penggunaan aplikasi berkomputer memungkinkan kesan dilihat daripada reka letak (layout) atau perubahan tipografi tanpa menggunakan pen dan dakwat berwarna-warni atau untuk mensimulasikan kesan daripada media tradisional tanpa perlu menuntut banyak ruang.

         Alhamdulillah, segala ilmu yang diperoleh pada kuliah kali ini, amat bernilai kepada diri saya sendiri yang bakal menjejakkan kaki ke sekolah untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. 

KEPENTINGAN GRAFIK DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL


  • Grafik penting untuk menyediakan bahan-bahan pandangan (visual) yang sangat penting untuk menyampaikan sesuatu mesej tertentu dengan jelas. Sebagai seorang guru, kita mesti mempunyai pengetahuan asas grafik untuk membuat persediaan bahan bantu mengajar asas. Pemahaman asas grafik membolehkan seseorang menghasilkan BBM yang efektif.
  • Keistimewaan objek grafik ialah ia mudah difahami oleh ramai orang walaupun menghadapi halangan bahasa komunikasi yang berbeza. Bahan grafik yang berkesan mendorong interaksi yang aktif di dalam bilik darjah dan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar.
  • Wittich dan Schuller (1973) mengatakan bahawa grafik terdiri daripada bahan visual yang meringkaskan penerangan dan penilaian tertentu menerusi gabungan penggunaan lukisan, pekataan, lambang dan gambar-gambar. Kanak-kanak biasanya tertarik terhadap bahan grafik yang ditunjukkan. Hal ini dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang positif.





ANDA TAK TAHU NAK MASAK APA HARI NI????





Resepi Ayam Black Pepper
Bahan-Bahan: (5 orang)
5 ketul ayam
6 ulas bawang merah – ditumbuk
2 ulas bawang putih – ditumbuk
1 inci halia – dihiris
1 sudu kecil lada hitam (Dikisar Kasar)
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap manis
1/2 cawan air
1 sudu kecil tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
Garam dan gula
Minyak masak untuk menumis
Bahan Perap –
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil lada hitam
Cara Memasak:
1. Perap ayam selama 30 minit.
2. Kemudian goreng atau panggang sehingga masak.
3. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam sehingga naik bau.
4. Masukkan sos tiram, kicap manis dan air. Kacau hingga sekata. Kemudian masukkan air bancuhan tepung jagung.
5. Masukkan ayam dan gaul hingga sekata.
6. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
7. Siap untuk dihidangkan.

JENIS-JENIS GRAFIK

Grafik merujuk kepada pelbagai lukisan, ilustrasi, fotograf, rajah, carta, kartun dan sebagainya.


  1. Fotograf (Gambar Foto) : Merupakan antara paparan imej yang paling menyamai keadaan sebenar. Gambar foto atau fotograf berwarna memainkan peranan yang amat besar di dalam sesebuah persembahan dan boleh dijadikan latarbelakang bagi teks dan grafik.
  2. Lukisan : Merujuk kepada imej yang kurang realistik berbanding dengan fotograf. Ia banyak digunakan bagi menangani masalah ketiadaan fotograf bagi keadaan sebenar. Ia boleh jadi lukisan yang mudah sehinggalah kepada lukisan abstrak.
  3. Kartun : Kartun boleh merujuk kepada yang berunsur kemanusiaan, haiwan, objek dan sebagainya. Ia sesuai digunakan terutamanya kumpulan sasaran adalah kanak-kanak atau remaja. Kartun digunakan bagi menarik perhatian pengguna.
  4. Diagram : Diagram merujuk kepada sejenis lukisan yang digunakan bagi melambangkan sesuatu sepertimana yang asal. Contohnya diagram jantung mungkin mewakili sepertimana gambar jantung yang sebenar.
  5. Graf/Carta : Merujuk kepada kaedah berkomunikasi berunsurkan data dan numerik. Sesuatu maklumat yang kompleks dapat dimudahkan sekirannya ia ditukarkan ke bentuk carta atau graf.

BIDANG GRAFIK

Bidang grafik terbahagi kepada 7 reka bentuk iaitu:

  1. Reka bentuk korporat
  2. Reka bentuk papan peraga(Billboard)
  3. Reka bentuk pembungkusan 
  4. Reka bentuk penerbitan umum
  5. Reka bentuk digital
  6. Reka bentuk papan tanda
  7. Logo


Reka Bentuk korporat



Billboard



Pembungkusan 



Reka Bentuk Papan Tanda


KEPENTINGAN REKA BENTUK GRAFIK


  1. Grafik sangat penting kerana paparan visual grafik mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih berkesan.
  2. Grafik seperti lukisan, gambarfoto atau carta misalnya amat membantu di dalam menyampaikan sesuatu maklumat dengan lebih pantas dan efektif.
  3. Visualisasi merupakan antara proses yang amat penting dalam komunikasi maklumat dan grafik boleh digunakan untuk tujuan ini bagi meningkatkan penekanan terhadap sesuatu maklumat.
  4. Ia juga berperanan bagi menarik perhatian pengguna, mengilustrasikan sesebuah konsep dan juga bertindak sebagai latar belakang bagi sesuatu konsep.
  5. Penggunaan grafik di dalam kebanyakan halaman web mampu menjadikan sesebuah halaman internet itu menjadi lebih ceria, menarik dan menyegarkan mata memandang serta menghidupkan lagi suasana pencarian maklumat di sesebuah laman web.

APA ITU REKA BENTUK GRAFIK?


  • Grafik berasal dari dua perkataan Greek iaitu Graphikus yang bermaksud lukisan atau catan, manakala Graphein bermaksud menulis atau melambang.
  • REKABENTUK GRAFIK adalah satu proses kreatif yang menggabungkan seni dan teknologi untuk menyampaikan idea dengan menggunakan pelbagai media, proses dan teknik. Pereka Grafik berkemampuan menghasilkan rekaan seperti pembungkusan, iklan-iklan elektronik dan bercetak, piktograf, papan tanda, majalah, logo, identiti korporat, kulit majalah, laman web, brosur dan sebagainya.

REFLEKSI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.... Seperti yang kita tahu, reka bentuk grafik merupakan salah satu kaitan dengan seni. Hal ini ker...