Monday 18 September 2017

REFLEKSI

Saya telah memperoleh imu yang sangat penting dalam kehidupan saya sebagai seorang bakal guru iaitu memahami betapa pentingnya grafik dalam sesebuah pengajaran. Grafik merupakan satu elemen penting untuk menyediakan bahan-bahan pandangan (visual) yang sangat penting untuk menyampaikan sesuatu mesej tertentu dengan jelas. Sebagai seorang yang bakal bergelar guru, saya mesti mempunyai pengetahuan asas grafik untuk membuat persediaan bahan bantu mengajar asas. Pemahaman asas grafik membolehkan seseorang guru menghasilkan BBM yang efektif. Keistimewaan objek grafik ialah ia mudah difahami oleh ramai orang walaupun menghadapi halangan bahasa komunikasi yang berbeza. Bahan grafik yang berkesan mendorong interaksi yang aktif di dalam bilik darjah dan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar.

        Selain daripada mempelajari kepentingan grafik, pensyarah saya juga telah memberikan penerangan mengenai prinsip asas grafik. Berdasarkan kefahaman saya mengenai prinsip grafik ini, ianya adalah berkaitan dengan kaedah atau cara menggunakan elemen-elemen grafik supaya visual yang dihasilkan menarik dan berkesan. Prinsip ini tidak harus dilihat sebagai suatu peraturan yang rigid, namun pengetahuan tentangnya dapat membantu seseorang pereka dalam menghasilkan sesuatu rekaan yang baik. Antara prinsip grafik yang telah dibincangkan pada kuliah kali ini ialah kontras, seimbang, mudah, kehampiran, penegasan, dan pengulangan. 

         Di samping itu, saya juga telah didedahkan dengan peralatan penghasilan grafik. Imej grafik merupakan suatu hasil konkrit. Penjelmaan imej grafik daripada suatu idea yang abstrak memerlukan peralatan tertentu. Kebolehan mengendalikan peralatan  dengan cekap membolehkan maklumat yang ingin disampaikan dipaparkan dengan tepat dan jelas. Bagi grafik berkomputer, peralatan yang digunakan ialah perkakasan asas sistem komputer, tablet grafik, pengimbas imej, pencetak dan pemplot. Peralatan lain seperti kamera digital juga merupakan peralatan yang biasa digunakan untuk menghasilkan grafik. Penggunaan aplikasi berkomputer memungkinkan kesan dilihat daripada reka letak (layout) atau perubahan tipografi tanpa menggunakan pen dan dakwat berwarna-warni atau untuk mensimulasikan kesan daripada media tradisional tanpa perlu menuntut banyak ruang.

         Alhamdulillah, segala ilmu yang diperoleh pada kuliah kali ini, amat bernilai kepada diri saya sendiri yang bakal menjejakkan kaki ke sekolah untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. 

No comments:

Post a Comment

REFLEKSI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.... Seperti yang kita tahu, reka bentuk grafik merupakan salah satu kaitan dengan seni. Hal ini ker...