Monday 18 September 2017

JENIS-JENIS GRAFIK

Grafik merujuk kepada pelbagai lukisan, ilustrasi, fotograf, rajah, carta, kartun dan sebagainya.


  1. Fotograf (Gambar Foto) : Merupakan antara paparan imej yang paling menyamai keadaan sebenar. Gambar foto atau fotograf berwarna memainkan peranan yang amat besar di dalam sesebuah persembahan dan boleh dijadikan latarbelakang bagi teks dan grafik.
  2. Lukisan : Merujuk kepada imej yang kurang realistik berbanding dengan fotograf. Ia banyak digunakan bagi menangani masalah ketiadaan fotograf bagi keadaan sebenar. Ia boleh jadi lukisan yang mudah sehinggalah kepada lukisan abstrak.
  3. Kartun : Kartun boleh merujuk kepada yang berunsur kemanusiaan, haiwan, objek dan sebagainya. Ia sesuai digunakan terutamanya kumpulan sasaran adalah kanak-kanak atau remaja. Kartun digunakan bagi menarik perhatian pengguna.
  4. Diagram : Diagram merujuk kepada sejenis lukisan yang digunakan bagi melambangkan sesuatu sepertimana yang asal. Contohnya diagram jantung mungkin mewakili sepertimana gambar jantung yang sebenar.
  5. Graf/Carta : Merujuk kepada kaedah berkomunikasi berunsurkan data dan numerik. Sesuatu maklumat yang kompleks dapat dimudahkan sekirannya ia ditukarkan ke bentuk carta atau graf.

1 comment:

  1. Stainless Steel vs Titanium Apple Watch vs. Apple Watch
    At the time titanium hip of titanium nipple bars writing, Apple was developing a number of smart watches 2016 ford fusion energi titanium and columbia titanium pants watches. gold titanium I think the Pebble has a pretty strong

    ReplyDelete

REFLEKSI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.... Seperti yang kita tahu, reka bentuk grafik merupakan salah satu kaitan dengan seni. Hal ini ker...