Wednesday, 22 November 2017

ASAS PENGGUNAAN GEOMETRI DALAM SENI ARABESQUE ISLAM

ARABESQUE merupakan perkataan Itali yang berasal daripada perkataan arabesco. Ia merujuk kepada motif hiasan daun acanthus yang menghiasi salah satu tiang seni bina di Itali. Arabesque Islam yang diwarisi merupakan motif hiasan yang berkembang daripada motif yang pernah digunakan di zaman akhir tamadun Greek dan Rom. Salah satu contoh motif arabesque dunia Islam yang diwarisi dari tamadun Greek dan Rom ialah hiasan daripada mozaik yang terdapat di Masjid Damsyik. Arabesque adalah motif tumbuhan yang biasanya terdiri daripada susunan dedaun dan diselangi dengan sulur. Sulur adalah bahagian tumbuhan yang melata atau melilit atau tunas tumbuhan yang menjulur daripada tumbuhan asal. Arabesque juga boleh digunakan dalam bentuk dua dimensi apabila di gabungkan dengan motif geometri. Evolusi perkembangan motif hiasan Islam ini dikatakan berada di puncaknya dalam abad ke-11 Masihi/abad ke-5 Hijrah.

Hiasan mozaik yang terdapat di Masjid Damsyik

Motif arabesque tidak terhad kepada sesuatu medium seni sahaja. Ia digunakan hampir pada kesemua media yang terdapat di dalam kesenian Islam seperti jubin, ukiran batu, ukiran plaster, ukiran kayu, tekstil, kaca dan manuskrip. Arabesque dikatakan mempunyai maksud tersendiri yang dikaitkan dengan Islam dari segi falsafah bentuknya. Bentuk arabesque yang melambangkan infiniti dengan bentuk sulur yang terdapat di dalam motif tersebut. Sulur melambangkan daun baru yang akan tumbuh dan proses ini akan berterusan dan selalunya sulur arabesque ini tidak mempunyai punca. Ini dikaitkan sebagai perlambangan kepada sifat Allah SWT yang tiada awal dan akhir.

Motif ini sesuai bagi memenuhkan hiasan bingkai dia atas semua media contohnya seperti hiasan manuskrip ataupun hiasan muka surat pembukaan al-Quran apabila motif ini boleh diulang dan disambung berulangkali sehingga semua ruang pada permukaan tersebut di penuhi. Pada peringkat awal perkembangan motif arabesque, ia hanya dikenali sebagai motif daun tanpa nama tumbuhan yang khusus tanpa sebarang bentuk bunga. Kemudian motif arabesque dilengkapkan dengan motif bunga pada kira-kira abad ke-16 Masihi/abad ke-10 Hijrah. Perkembangan ini terjadi sewaktu zaman pemerintahan Dinasti Uthmaniah di Turki dan ia boleh dikenalpasti seperti bunga ros, tulip dan teratai. Di bawah pemerintahan Uthmaniah juga motif daun saz diaplikasikan sebagai motif arabesque.

Bunga ros, tulip dan teratai diaplikasikan sebagai motif arabesque

Kemudian, seniman Islam turut menggabungkan motif arabesque bersama dengan motif kaligrafi atau tulisan khat. Kebanyakan motif kaligrafi yang digabungkan dengan latar arabesque adalah seperti puisi, kata-kata hikmah dan ayat al-Quran. Motif arabesque pada jubin juga boleh dihasilkan dengan potongan jubin pelbagai warna yang disusun secara teliti bagi mendapatkan lengkungan motif arabesque yang cantik dan tepat. Teknik ini banyak digunakan pada permukaan bangunan di dalam Dinasti Islam Mughal di India dan Dinasti Islam Safaviyah di Iran.


Motif kaligrafi dan tulisan khat



Penggunaan Geometri Dalam Seni Arabesque

Salah satu ciri utama yang dalam seni Islam yang menjadi identiti dunia Muslim yang berbeza adalah penggunaan corak-corak geometri. Diaplikasi secara universal pada logam, kayu, seramik, tekstil, permaidani, miniatur sebagai dekorasi atau hiasan seni bina dengan kaedah yang dirumuskan dengan jelas dan menggabungkan sistem adaptasi komposisi yang membolehkan kepelbagaian variasi dan inovasi. Didasarkan daripada asas segi empat, oktagon, segi tiga sama sisi dan heksagon dan penemuan corak yang lebih rumit berdasarkan segi lima, dekagon, dan bahkan heptagon dan nonagon. 

Corak geometri membentuk satu daripada tiga jenis rajah dekorasi dalam kesenian Islam yang juga mencakupi kaligrafi dan corak tumbuh-tumbuhan sama ada secara tunggal ataupun digunakan dalam kombinasi dengan rajah penghiasan atau gambaran rajah, corak-corak geometri yang popular berkaitan dengan seni Islam. Rekaan abstrak ini tidak hanya menghiasi permukaan monumen seni bina Islam, tetapi juga berfungsi sebagai elemen hiasan utama pada permukaan yang luas meliputi semua jenis benda.

Geometri telah mencapai kemuncak yang tinggi di dalam dunia Islam yang mana sumber-sumber untuk kedua-dua bentuk dan corak-corak yang rumit sudah ada pada kalangan orang Greek, Rom, dan Sasanid di Iran. Kesenian Islam disesuaikan dari elemen tradisi klasik, kemudian dilengkapkan dan dihuraikan dalam mereka rangka untuk mencipta bentuk baru dari dekorasi yang menekankan pentingnya kesatuan dalam kepelbagaian dan kepelbagaian dalam kesatuan. Sumbangan ilmuan Islam yang bijaksana dalam bidang matematik, astronomi, dan sains sangat penting untuk penciptaan gaya baru yang unik ini.

Geometri Islam terdiri atau terhasil daripada bentuk-bentuk sederhana seperti bulatan dan segi empat, corak-corak geometri yang digabungkan, diulang, dihubungkan, dan disusun dalam kombinasi lengkap, sehingga menjadi salah satu ciri khas keseniaan dalamIslam. Corak-corak yang kompleks ini tampaknya mewujudkan penolakan dalam mematuhi secara tepat peraturan geometri. Berdasarkan fakta, penghiasan geometri dalam kesenian Islam menunjukkan jumlah yang luar biasa terutama dalam pengulangan dan ianya begitu kompleks. Ia memberi ruang kepada kemungkinan percambahan corak yang hebat dan dapat disesuaikan atau digabungkan dengan perhiasan jenis lain. Dalam corak abstrak, pengulangan motif, simetrik, corak-corak geometri mempunyai banyak persamaan dengan apa yang disebut sebagai gaya awan larat yang dilihat banyak melibatkan rekaan tumbuhan malah hiasan kaligrafi juga muncul dalam hubungannya dengan corak-corak geometri.

Corak-corak geometri dalam Islam

Empat bentuk asas atau "unit pengulangan" rekaan geometri Islam di mana corak yang lebih lengkap dibuat adalah melibatkan daripada asas bulatan dan gabungan bulatan, segi empat atau sisi empat poligon; corak bintang, segi empat dan segitiga yang terlukis dalam sebuah bulatan serta melibatkan pelbagai sisi poligon. Corak-corak kompleks yang ditemui pada banyak benda merangkumi beberapa bentuk dan tatacara yang berbeza, yang membolehkan ianya dimasukkan ke dalam lebih daripada satu kategori.

"Unit pengulangan" rekaan geometri Islam

Contoh-contoh bagi corak-corak geometri yang dianalisis dikumpulkan dalam kategori yang berbeza sesuai dengan sistem pengkadaran yang ditetap bagi unit pengulangan corak yang diberikan. Analisis terperinci akan menunjukkan bagaimana dalam setiap kumpulan corak-corak, unit pengulangan dan grid corak menentukan komposisi mereka adalah dihasilkan oleh manipulasi susunan poligon iaitu segi empat sama, segi tiga sama sisi, segi enam (heksagon) dan seterusnya. Grid-corak yang dihasilkan oleh gabungan titik-titik garis lurus adalah yang dipilih daripada sisi simpang bagi sisi-sisi poligon. Akhirnya, komposisi unit pengulangan corak keseluruhannya tercapai.

Selain itu, modul atau sistem ukuran unit ditunjukkan dalam setiap kes yang menakrifkan dimensi komposisi unit pengulangan. Dari sebuah bulatan ia mungkin dapat menghasilkan beberapa susunan lilitan poligon dengan membahagi jumlah yang diperlukan dan titik-titik pembahagian adalah yang bergabung dengan garis-garis lurus. Langkah pertama pembahagian lilitan berdasarkan 3, 4, 5 jumlah bahagian atau gandaan akan menentukan grid-corak dan unit pengulangan, sementara jejari atau diameter bulatan boleh diambil sebagai unit ukuran. Oleh itu, geometri boleh dikelompokkan dalam beberapa bahagian berikut:


1. Corak-corak geometri berdasarkan unit pengulangan segi empat sama dan sistem nisbah asas dua (2). Ia termasuk corak-corak yang dihasilkan oleh pembahagian dari sebuah bulatan menjadi 4 atau gandaan 4 bagi jumlah bahagian. Segi empat digunakan sebagai alat dan pengukuran dan kerana itu disebut sistem nisbah asas dua.

2. Corak-corak geometri berdasarkan unit pengulangan segi enam (heksagon) dan sistem nisbah asas tiga (3). Ia termasuk corak yang dihasilkan oleh pembahagian dari sebuah bulatan menjadi 6 atau gandaan 6 jumlah bahagian. Segi tiga sama sisi atau segi enam digunakan sebagai alat untuk komposisi dan pengukuran dan ia dipanggil sistem nisbah asas tiga (nisbah bagi setengah asas dengan ketinggian segi tiga sama sisi = 1)

3. Corak-corak geometri berdasarkan sistem nisbah gandaan heksagon. Ia termasuk dalam kumpulan corak-corak yang dihasilkan oleh gandaan heksagon.

Sebagaimana yang dihuraikan di atas, terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu rekaan geometri. Corak geometri yang dihasilkan dalam rekaan kesenian Islam bermula dengan penggunaan konsep unit pengulangan. Berdasarkan catatan sejarah, tiada laporan yang dapat dijadikan rujukan dalam mengajar tentang teori dalam mereka corak-corak geometri Islam. Namun dalam dunia Islam hari ini, para penukang telah terlibat dalam membuat corak geometri pada kayu, marmar, logam, seramik dan lain-lain yang mana ia menggunakan alat-alat tradisional iaitu kompas dan pembaris. Hakikatnya, kaedah geometri telah diterapkan, dikembangkan dan disempurnakan oleh para penguasa yang tidak diketahui pada masa lalu. Asas atau unit ukuran diambil sebagai jejari. Pembahagian awal sekeliling bulatan menjadi 4, 5 atau 6 jumlah bahagian (atau gandaan dari bahagian ini) menentukan sistem kadaran yang digunakan untuk menghasilkan unit pengulangan bagi rekaan tersebut.

Konsep unit pengulangan

Konsep yang kedua adalah konsep segi empat sama dan sistem nisbah asas dua. Melalui konsep ini, ia menyatakan bahawa pengulangan corak telah memberi karakter bagi rekaannya yang mana ia ditentukan oleh heretan garisan grid antara titik yang dibuat oleh sudut penyilangan bagi segi empat sama yang dilukis di dalam bulatan. Bagi melukis segi empat sama di antara bulatan, satu metod geometri diberikan bagi kadar pembahagian setiap kawasan untuk unit pengulangan tersebut. Apabila sesuatu permukaan itu hendak dibuat, salah satu sisinya dibahagikan menjadi beberapa bahagian sesuai dengan jumlah unit pengulangan yang diperlukan. Kawasan tersebut kemudian di isi dengan bulatan dengan diameter yang sama dengan sub-bahagian daripada sisi permukaan yang dibuat.

Konsep yang ketiga pula ialah heksagon dan sistem kadar asas tiga. Rekaan yang ditunjukkan dalam konsep ini berasaskan pada grid lukisan bagi bentuk bintang heksagon. Satu sisi bagi kawasan yang akan dihias dibahagikan dengan menggunakan kompas menjadi beberapa bahagian yang sama dengan unit pengulangan yang dimasukkan dalam rekaan sepanjang sisi ini. Seluruh kawasan ini kemudiannya dibahagikan oleh bulatan dan heksagon dimasukkan berdekatan setelah kaedah titik digunakan (rajah.1). Ia adalah unit mengulang kerana ia adalah heksagon. Sisi yang sama dengan garis lilitan bulatan grid master dibentuk oleh heretan bintang-bintang heksagon dalam heksagon ini dengan menggabungkan salah satu sudut heksagon yang lain atau di tengah-tengah titik (rajah.2). Sistem bintang heksagon memberikan sebuah metod pembahagian diamenter heksagon dengan nisbah 1:2. Sistem ini juga membahagikan ketinggian heksagon dalam nisbah yang sama iaitu 1:2.

Heksagon dan sistem kadar asas tiga

Konsep yang keempat pula ialah konsep pentagon dan golden ratio (nisbah emas). Menurut Euclid, konsep Golden Ratio ini bermaksud sebagai “ekstrim dan nisbah”. Manakala seorang penulis zaman Renaissance berpendapat ia dianggap sebagai “Pengkadaran” dan pada abad kesembilan belas konsep ini dikenali sebagai “Golden Section”. Dalam konsep ini ia membentuk enam corak. Berdasarkan grid master, corak-corak yang terbentuk adalah berbentuk bintang dekagon. Unit pengulangan yang baik adalah menggunakan bentuk segi empat tepat atau rombus tetapi dalam kes terkini adalah lebih mudah dengan menggunakan bentuk segi empat tepat yang berasal dari rombus.

Konsep geometri kesenian Islam yang seterusnya adalah berdasarkan konsep corak berasaskan gandaan heksagon. Corak geometri berdasarkan konsep ini akan dibahagikan sekeliling bulatan menjadi dua belas bahagian yang sama. Unit mengulang rekaan keseluruhannya boleh menjadi salah satu lukisan segi enam. Hasil mengulangi corak-corak itu, dari bentuk segitiga sama sisi, segi empat sama, segi enam, oktagon, dodekagon, dan bintang-bintang maka terhasil suatu bentuk yang menciptakan visual khas yang harmoni dalam rekaan yang digambarkan dalam bahagian ini.

Penutup

Geometri adalah salah satu cabang Matematik yang mempelajari tentang titik, garis, bentuk, ruang, komposisi beserta sifat-sifatnya, ukuran-ukurannya dan hubungan antara yang satu dengan yang lain. Arabesque adalah salah satu corak artistik yang dalam penerapannya menggunakan konsep pengulangan bentuk geometri dan memiliki kombinasi pola yang fantastik (Murat Cetin dan M.Arif Kamal : 2001). Arabesque memiliki pola geometri non-linear. Arabesque dapat dianggap sebagai seni dan ilmu pengetahuan. Seni tersebut pada saat yang sama memiliki keunikan jika diukur secara matematik, dan diihat indah dari sudut pandang seni estetika. Hubungan geometri yang kompleks dalam gaya seni bina Islam tersebut merupakan ciri khas dari Arabesque. Proses pemilihan bentuk pola geometri yang diterapkan pada Arabesque berdasarkan oleh pandangan Islam terhadap dunia. Gaya arabesque kelihatan merupakan hasil dari karya artistik yang hebat dan berstruktur secara bebas, namun gaya ini sebenarnya berdasarkan pada logikal matematik yang sangat kompleks yang diungkapkan melalui bentuk abstrak.

REFLEKSI

Assalamualaikum dan salam sejahtera.... Seperti yang kita tahu, reka bentuk grafik merupakan salah satu kaitan dengan seni. Hal ini ker...